Pasti Skor SPM Sejarah

    Menurutnya, Sejarah merupakan subjek wajib lulus SPM pada tahun 2013. Maknanya kalau sejarah tak lulus, maka gagallah SPM. "Tetapi, ramai pelajar yang tidak menggemari subjek sejarah. Betul tak? Cikgu pun dulu masa SRP paling tak suka Sejarah tapi bila naik sahaja Tingkatan Empat dan ambik STPM, subjek sejarah ialah antara subjek yang cikgu paling minat," katanya menerusi posting di laman facebook Abdul Ghani, baru-baru ini.

    Beliau berkata, Sejarah SPM mempunyai Kertas 2 iaitu yang mengandungi soalan struktur dan juga soalan esei. Kelebihan soalan struktur dan esei ni ialah kita boleh menulis ikut pengetahuan sejarah kita...untung bagi yang minat membaca.

Ingat, Kertas 2 jangan hantar kertas 0...bagi calon lemah kuasai beberapa topik khususnya tema 12 (satu soalan wajib) + tema 9 (sekurang-kurangnya satu soalan di situ).

    Jika Kertas 1 yang menggunakan soalan objektif, ia agak susah kerana jika kita salah pilih, maka salahlah soalan itu. Kertas 2 selagi jawapan itu betul dapatlah markah khususnya soalan Ceraian C (munasabah).

    Kertas 3 adalah kertas yang akan banyak membantu untuk pelajar kuasai Sejarah. Kertas 2 saja yang memerlukan pemahaman lebih dalam subjek Sejarah (kurang membaca jangan harap nak dapat result yang baik). Kertas 1 pun sama, soalan objektif (kertas yang paling disukai oleh pelajar kelas belakang) sebab apa? Dalam lima minit dah siap.

Jadi macam mana nak kuasai Sejarah bagi SPM...

Ini antaranya...

1) Baca dan cari buku nota sejarah yang ada peta minda / ithink / gambar. Yang berwarna lagi bagus. Tengok soalan tengok jawapan (rujuk cikgu Sejarah...masa masih ada).

2) Bentuk soalan dan pengulangan soalan Kertas 1 kerap berlaku. Banyak cara untuk menjawab Kertas 1. Ada yang menjawab secara istiqamah satu-satu soalan, jawab dengan merujuk buku teks, gunakan higlighter pen untuk tanda jawapan, tulis short note di tepi soalan...terpulang pada kreativiti pelajar.

Pada cikgu, teknik yang terbaik gunakan pen warna dan tulis maklumat di tepi soalan...ini yang diajar oleh guru Sejarah cikgu dan cikgu menggunakan teknik ini ketika mengulang kaji Sejarah (mungkin sesuai pada pelajar cemerlang).

3) Cari dan tonton video-video yang berkaitan dengan Sejarah terutamanya Sejarah Malaysia. Video-video tersebut pelajar boleh cari di alam maya ini. Melalui video, ni sebenarnya lebih faham daripada hanya baca dalam buku. (pelajar kelas belakang yang baru nak mula cukup sesuai gunakan teknik video sebab boleh cari dengan telefon).

4) Fahami kaedah dan bentuk jawapan Kertas 2 dan 3 sekarang. Sudah kurang soalan yang direct sekarang. Soalan hari ini walaupun fakta memerlukan pelajar baca, garis dan faham dulu baru jawab. (biasakan buat rangka jawapan dalam menjawab soalan ini. Rubrik penskoran (Fakta + huraian dan contoh serta infrence) perlu dilatih berulang kali dan bukan hanya menjelang peperiksaan.

5) Pengetahuan sedia dengan banyakkan membaca dan memahami isu semasa dan sejarah sangat penting untuk menjawab soalan KBAT (lihat soalan 10 & 11 serta Ceraian C). KBAT ni perlu dilatih supaya pelajar dapat faham cara menjawab dan tak menghantar kertas 0 saja semasa peperiksaan SPM nanti.

    Sebenarnya subjek Sejarah ini kita kena faham. Kalau kita tak faham, habislah kita. Soalan SPM sekarang banyak soalan KBAT + fakta dalam Kertas 2. Jadi kita hendaklah faham dalam sesuatu topik.

    Menurut sebuah peribahasa Inggeris yang berbunyi, practice makes perfect, jadi calon haruslah membuat banyak latihan terutamanya untuk kertas 1. Ingatlah the more you work, the more you gain. Terdapat 20 set soalan trial sejarah SPM 2020 yang telah disediakan dalam bentuk google form untuk pelajar membuat drilling secara cepat dan mudah. Pautan bagi 20 set telah disediakan di bawah:


SET 1 TRIAL 2020

https://forms.gle/MACu4fWHDMRaK2Qm7 


SET 2 TRIAL 2020

https://forms.gle/WdM7mCkXQtLj4uVr9 


SET 3 TRIAL 2020

https://forms.gle/sgjpT9g3md5FPQRs9 


SET 4 TRIAL 2020

https://forms.gle/m4wkAiPiS76dHnSL8 


SET 5 TRIAL 2020

https://forms.gle/UebqKMZDxwDkJRAY9 


SET 6 TRIAL 2020

https://forms.gle/gYG5ac6EreFacuun9 


SET 7 TRIAL 2020

https://forms.gle/aaCXgTKwxRHhcsRr6 


SET 8 TRIAL 2020

https://forms.gle/1nWEKPTMakNjYmud7 


SET 9 TRIAL 2020

https://forms.gle/WrAcwq4KaqEULEKs5 


SET 10 TRIAL 2020

https://forms.gle/aJiZ5GEccPRm8mvT8 


SET 11 TRIAL 2020

https://forms.gle/cWnH5a2s8oTFLDnn6 


SET 12 TRIAL 2020

https://forms.gle/Y7gDC2frkYkTrjhg9 


SET 13 TRIAL 2020

https://forms.gle/ubo8TNFFGo2BM5dk6 


SET 14 TRIAL 2020

https://forms.gle/1HRRxpw8FkVJqQox7 


SET 15 TRIAL 2020

https://forms.gle/JyVUPPYZEZYoYz5w6 


SET 16 TRIAL 2020

https://forms.gle/wq6hXboAMvdnDh8j9 


SET 17 TRIAL 2020

https://forms.gle/QSxFLGod8BLga8kKA 


SET 18 TRIAL 2020

https://forms.gle/yDykPoM8KBKHYQZd8 


SET 19 TRIAL 2020

https://forms.gle/VPfFpuJPrKJ86yj67 


SET 20 TRIAL 2020

https://forms.gle/QKutL2xz1PVLLKQe7 



    Akhir sekali, pelajar digalakkan untuk memberi fokus kepada topik-topik tumpuan SPM Sejarah 2020. Tapi, calon tidak boleh hanya membaca topik-topik yang telah disenaraikan, perlu juga membaca yang lain. Topik-topik tumpuan yang disenaraikan di bawah ialah berdasarkan analisis soalan sebenar SPM Sejarah tahun lalu. Jadi, calon pandai-pandailah semasa membuat ulang kaji bagi membuat persediaan untuk peperiksaan yang akan datang. Semoga bermanfaat!

Topik Berfokus Tingkatan 5

Topik Berfokus Tingkatan 4

Popular posts from this blog

9 Jenis Ayat dalam Karangan

Tip Pendidikan Moral SPM

KESALAHAN KATA / ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA