Posts

Showing posts with the label BM

Peribahasa Dalam Karangan Mengikut Tema

Image
SENARAI PERIBAHASA DALAM KARANGAN MENGIKUT TEMA Terdapat sebanyak 20 tema karangan yang telah disenaikan di bawah untuk membantu pelajar supaya dapat memasukkan lebih banyak peribahasa yang sesuai semasa mengarang. Harap bahan tersebut dapat menbantu pelajar dalam mencapai markah atau gred yang lebih tinggi bagi bahagian karangan. Semoga bermanfaat! 1.PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Tepuk dada tanya selera Air dalam terenang Yang muda disayangi yang tua dihormati Sudah terang lagi bersuluh 2.PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMBANTU ORANG KURANG UPAYA: di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Tepuk dada tanya selera Sudah terang lagi bersuluh Melukut di tepi gantang 3. KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM di mana ada kemahuan, di situ ada jalan melepaskan batuk di tangga Tepuk dada tanya selera Sudah terang lagi bersuluh 4.FAEDAH MEMBACA KARYA SASTERA menyelam sambil minum air tak kenal maka tak cinta. Tepuk dada tanya selera serampang dua mata Seha...

Analisis Peribahasa Soalan SPM BM Sebenar

Image
  Analisis Peribahasa Soalan SPM BM Sebenar 2004 - 2019 SPM 2019 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat-ayat tersebut. (i) Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi musim tengkujuh. (ii) Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dengan berpendapatan lumayan masih berhasarat untuk bekerja di negara sendiri. (iii) Penceramah itu mengingatkan kami agar jangan sesekali melupakan jasa ibu bapa setelah mendapat kejayaan dan kesenangan hidup. Jawapan: (i) sediakan payung sebelum hujan (ii) hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri (iii) kacang lupakan kulit SPM 2018 Nyatakan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut. (i) Gagak pulang ke benua (ii) Alang-alang mandi biar basah (iii) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Jawapan: ( i) belut pulang ke lumpur (ii) alang-ala...

Prosa Tradisional : BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

Image
BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA merupakan prosa tradisional Tingkatan Lima. Pelajar harus memberi perhatian penuh kepada prosa tersebut kerana ia kemungkinan besar (50%) akan keluar dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) subjek Bahasa Melayu dalam Kertas 2. Hal ini disebabkan oleh hanya DUA prosa tradisional dalam silibus SPM dan salah satu daripadanya akan digunakan untuk menguji pelajar. A. SINOPSIS: - Negara Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh sesiapa. Raja Siam iaitu  Bubunnya  menghantar wakil berjumpa  Sultan Muzaffar Syah  meminta supaya Melaka menyembah (membayar ufti) kepada raja Siam. Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah dan menghantar hulubalangnya iaitu  Awi Cakri  menyerang Melaka. - Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka.  Tun Perak  dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka dengan tujuan supaya mereka berpe...

Prosa Tradisional: Kepimpinan Melalui Teladan

Image
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN  merupakan prosa tradisional Tingkatan Lima. Pelajar harus memberi perhatian penuh kepada prosa tersebut kerana ia kemungkinan besar (50%) akan keluar dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) subjek Bahasa Melayu dalam Kertas 2. Hal ini disebabkan oleh hanya DUA prosa tradisional dalam silibus SPM dan salah satu daripadanya akan digunakan untuk menguji pelajar. A. SINOPSIS              Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk  mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.           ...

KESALAHAN KATA / ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA

Image
MENGESAN KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA [ Soalan 3(d) ] KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/1) Kesalahan kata atau istilah dan kesalahan tatabahsa merupakan salah satu komponen yang akan diuiji dalam Kertas 1 SPM Bahasa Melayu. Biasanya, pelajar akan keliru semasa menjawab bahagian ini. Jadi, pelajar haruslah membuat banyak praktis untuk menguasai bahagian ini. A. Kesalahan istilah: Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi. Contoh 1: Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. Contoh 2: Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. B. Kesalahan tatabahasa: Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembina...

UNGKAPAN MENARIK BAHASA MELAYU

Image
UNGKAPAN MENARIK merupakan salah satu element penting bagi sebuah karangan yang cemerlang. Pelajar digalakan untuk mengingat atau menggunakan sekurang-kurangnya 10 ungkapan menarik dalam karangan untuk mendapat markah yang tinggi.  1. kelesuan ekonomi global  2. merealisasikan aspirasi negara  3. menerajui tampuk pemerintahan  4. medium pembentukan individu  5. tamsilan yang jelas = contoh yang jelas  6. izharlah = jelaslah   7. semua skop kehidupan  8. pemacu jentera negara  9. kolaboratif yang padu  10. vital/signifikan/dominan = penting  11. prakarsa yang holistik & intelek = langkah  12. bersendel bahu, melangkah sederap & berpadu tenaga  13. tidak berbelah bahagi  14. peribadi rujukan/ entiti mithali/ suri teladan = role model  15. anjakan paradigma = peralihan kpd sesuatu yang baru  16. belenggu / kemelut = masalah  17. diimplementasikan  18. eksplisit = tersurat, tepat, jelas ...

9 Jenis Ayat dalam Karangan

Image
AYAT DALAM KARANGAN Dalam membina karangan, pelajar perlu mengetahui sekurang-kurangnya sembilan jenis ayat. Berikut diterangkan jenis ayat tersebut. Ayat pengenalan Ayat pengenalan merupakan pembuka kepada karangan. Ayat ini boleh dalam bentuk pendefinisian atau memberi penjelasan kepada sesuatu konsep, boleh juga dalam bentuk pemaparan statistik, data, kajian serta laporan. Perlu diingat, ayat pengenalan memberikan persepsi awal terhadap keseluruhan karangan. Jika ayat ini dibuat dengan penuh bergaya, maka tentulah pemeriksa akan menelah bahawa karangan itu tentunya baik. Ayat pengenalan tidak ada penanda wacana yang khusus. Namun, pelajar boleh menggunakan penanda wacana seperti ini: - Dewasa ini … / Dasawarsa ini … - Seperti yang telah digembar-gemburkan oleh pihak media … - Sejak dahulu lagi, kita sering mendengar berita … - Era pascaperindustrian telah menjerumuskan kita … - Pada zaman pascamodenisasi yang semakin memuncak ini … - Hakikat yang selalu kita dengar tetapi jarang kit...