KESALAHAN KATA / ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA

MENGESAN KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA
[ Soalan 3(d) ] KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/1)

Kesalahan kata atau istilah dan kesalahan tatabahsa merupakan salah satu komponen yang akan diuiji dalam Kertas 1 SPM Bahasa Melayu. Biasanya, pelajar akan keliru semasa menjawab bahagian ini. Jadi, pelajar haruslah membuat banyak praktis untuk menguasai bahagian ini. A. Kesalahan istilah: Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi. Contoh 1: Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. Contoh 2: Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. B. Kesalahan tatabahasa: Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hokum tatabahasa. Contoh 1: Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia. Betul: Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Contoh 2: Salah: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu. Betul: Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat pertandingan itu.


Menonton video di bawah untuk belajar lebih teknik untuk menjawab bahagian ini:

Popular posts from this blog

9 Jenis Ayat dalam Karangan

Tip Pendidikan Moral SPM