Posts

Showing posts with the label Sejarah

Akronim Sejarah (Bab 9, Tingkatan 4)

BAB 9, TINGKATAN 4.   Maksud dan ciri-ciri Zaman Gelap.   Akronim : Z.A.M.A.N G.E.L.A.P    Z - Zaman Gelap bermaksud Eropah mengalami zaman kemerosotan dalam pelbagai bidang seperti ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran. Berlaku  selepas kejatuhan tamadun Rom.   A - Awal zaman pertengahan berlaku zaman gelap yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat awal, peringkat kemuncak dan peringkat akhir.   M - Munculnya golongan baron (tuan tanah), runtuhnya kuasa pusat, penggunaan mata wang terhad dan kemerosotan hidup di bandar antara ciri zaman gelap.   A - Antara lain ciri zaman gelap ialah terdapat golongan hamba, pembentukan sistem feudal, gereja katolik amat berkuasa dan memiliki banyak harta.   N - Nasihat untuk mengelakkan zaman gelap berlaku di 🇲🇾 ialah pelihara perpaduan kaum, kuatkan pegangan agama, patuhi undang-undang negara, berilmu pengetahuan tinggi, jati diri yang kukuh, cint...

Akronim Sejarah (Bab 1, Tingkatan 5)

BAB 1, TINGKATAN 5   KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA   Akronim : I.M.P.E.R.A.L.I.S   Maksud imperialisme, keistimewaan Asia Tenggara, faktor dan kesan imperialisme, sistem birokrasi barat dan reaksi penduduk Asia Tenggara.   I - Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan wilayah dan pengaruh untuk kepentingan tertentu seperti bijih timah yang diperlukan semasa revolusi perindustrian di Eropah. Imprealisme mula berlaku sejak zaman Rom dan Yunani.   M - Menjadi sasaran imperalis barat kerana Asia Tenggara memilik keistimewaan seperti lokasi strategik iaitu laluan  antara China dan India, penduduk ramai menjamin pasaran luas, tanah subur untuk pertanian dan kekayaan bahan mentah untuk perindustrian contohnya bijih timah.   P - Pelbagai faktor imperialisme barat di Asia Tenggara iaitu  faktor kekayaan (gold) seperti rempah ratus, faktor keagamaan (gospel) iaitu menyebarkan agama kristian, f...

Akronim Sejarah (Bab 9, Tingkatan 5)

Peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.   *Akronim : D.A.S.A.R L.U.A.R*   D - Dasar luar bermaksud dasar yang merangkumi maklumat, rancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara berhubung dengan negara-negara lain.   A - Antara matlamat dasar luar 🇲🇾 adalah untuk memelihara kepentingan nasional, menjamin keselamatan rakyat, mengekalkan kedaulatan negara, menggalakkan pembangunan, kemajuan ekonomi dan mengekalkan keamanan sejagat.    S - Sebab yang menjadi asas penggubalan dasar 🇲🇾 adalah faktor sejarah iaitu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam bentuk perdagangan. Contohnya dengan negara China 🇨🇳 . Selain itu faktor ekonomi kerana 🇲🇾 mengamalkan pasaran bebas. Seterusnya faktor demografi kerana majoriti rakyat 🇲🇾 beragama Islam.   A - Ada dua bentuk hubungan luar 🇲🇾 iaitu hubungan bilateral iaitu hubungan secara langsung dengan sesebuah negara seperti 🇲🇾 dengan 🇹🇭 . Multilateral...

Akronim Sejarah (Bab 4, Tingkatan 5)

T5B4 : PEMBINAAN NEGARA & BANGSA MALAYSIA.   MALAYAN UNION   *1) Muslihat/ Sebab/ Faktor/ Alasan/ Punca/ Tujuan British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946.*   Akronim - M.A.L.A.Y.A.N   *M*- Mengawal kuasa politik orang Melayu.   *A*- Akan menjimatkan kos pentadbiran.   *L*- Licinkan urusan sistem pentadbiran.   *A* - Akan memastikan bekalan bahan mentah berterusan.   *Y* - Yakin untuk membantu Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.   *A* - Akan memastikan golongan imigran taat setia menetap di Tanah Melayu   *N* - Negara & bangsa Malayan Union       ilmuan fahaman protestan berperanan membantu mengembangkan Reformation.     M - Martin Luther, Huldreich, Zwingli dan John Calvin merupakan tokoh agama protestan.   A - Antara kesan Reformation adalah kewujudan mazhab kristian seperti protestan dan katolik.   T...

Akronim Sejarah (Bab 2, Tingkatan 4)

Bab 2, Ting. 4   Ingat fakta guna nama pelajar.   *DANNY.*   *D*- Demokrasi adalah kerajaan ditadbir oleh wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya   *A*- Aristokrasi adalah pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya.   *N*- Negara yang ditadbir oleh pemerintah yang zalim iaitu tirani.   *N*- Negara yang ditadbir oleh pemerintah berkuasa mutlak iaitu diktator.   *Y*- Yunani, Rom, China & India wujud peningkatan dalam pemerintahan dan pentadbiran.

Akronim Sejarah (Bab 7, Tingkatan 4)

Bab 7, Tingkatan 4   Islam di Asia Tenggara Jelaskan teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Akronim : T.A.N.A.H  A.R.A.B   *T* - Teori dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Syed Muhammad Naquib al- Attas.   *A* - Agama Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi perdagangan.    *N* - Nilai kejujuran, berhemah tinggi dan menjaga kebersihan oleh pedagang Arab menarik minat masyarakat tempatan kepada Islam.   *A* - Ada pedagang Arab yang berdagang ke China singgah di pelabuhan utama di Selat Melaka.   *H* - Hasil kesusasteraan di Asia Tenggara wujud persamaan dengan Semenanung Tanah  Arab.   *A* - Adat resam orang Melayu dipengaruhi oleh budaya Arab.    *R* - Ramai pedagang Arab menetap beberapa bulan. Ada yang membina perkampungan dan berkahwin dengan orang tempatan.    *A* - Ada perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab. ...

Akronim Sejarah (Bab 3 Tingkatan 4)

T4B3 - KEPENTINGAN TASIK TONLE SAP.   Akronim : TASIK   *T*- Tanah subur kerana mendapan lumpur sesuai untuk aktiviti pertanian   *A*- Air yang banyak sebagai sumber minuman.   *S*-  Sumber protein yang banyak seperti ikan.   *I*- Iklim panas & lembap sesuai untuk petempatan manusia.   *K*- Kegiatan sawah padi dapat diusahakan kerana punca air utama mencukupi.     T4B3 - TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA.   Akronim - A.G.R.A.R.I.A   Jelaskan ciri-ciri kerajaan agraria.   *A* - Agraria merujuk kepada kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan aktiviti pertanian, penternakan & pemungutan hasil hutan dan sungai.   *G* - Gunung berapi (lereng tanah), kawasan berbukit dan lembah sungai membawa kepada terbentuknya kerajaan agraria.   *R* - Raja Indravarman I merupakan pengasas bagi kerajaan Angkor.   *A* - Angkor dan Funan adalah dua contoh kerajaan agra...