9 Jenis Ayat dalam Karangan
AYAT DALAM KARANGAN Dalam membina karangan, pelajar perlu mengetahui sekurang-kurangnya sembilan jenis ayat. Berikut diterangkan jenis ayat tersebut. Ayat pengenalan Ayat pengenalan merupakan pembuka kepada karangan. Ayat ini boleh dalam bentuk pendefinisian atau memberi penjelasan kepada sesuatu konsep, boleh juga dalam bentuk pemaparan statistik, data, kajian serta laporan. Perlu diingat, ayat pengenalan memberikan persepsi awal terhadap keseluruhan karangan. Jika ayat ini dibuat dengan penuh bergaya, maka tentulah pemeriksa akan menelah bahawa karangan itu tentunya baik. Ayat pengenalan tidak ada penanda wacana yang khusus. Namun, pelajar boleh menggunakan penanda wacana seperti ini: - Dewasa ini … / Dasawarsa ini … - Seperti yang telah digembar-gemburkan oleh pihak media … - Sejak dahulu lagi, kita sering mendengar berita … - Era pascaperindustrian telah menjerumuskan kita … - Pada zaman pascamodenisasi yang semakin memuncak ini … - Hakikat yang selalu kita dengar tetapi jarang kit