UNGKAPAN MENARIK BAHASA MELAYU



UNGKAPAN MENARIK merupakan salah satu element penting bagi sebuah karangan yang cemerlang. Pelajar digalakan untuk mengingat atau menggunakan sekurang-kurangnya 10 ungkapan menarik dalam karangan untuk mendapat markah yang tinggi.

 1. kelesuan ekonomi global
 2. merealisasikan aspirasi negara
 3. menerajui tampuk pemerintahan
 4. medium pembentukan individu
 5. tamsilan yang jelas = contoh yang jelas
 6. izharlah = jelaslah 
 7. semua skop kehidupan
 8. pemacu jentera negara
 9. kolaboratif yang padu
 10. vital/signifikan/dominan = penting
 11. prakarsa yang holistik & intelek = langkah
 12. bersendel bahu, melangkah sederap & berpadu tenaga
 13. tidak berbelah bahagi
 14. peribadi rujukan/ entiti mithali/ suri teladan = role model
 15. anjakan paradigma = peralihan kpd sesuatu yang baru
 16. belenggu / kemelut = masalah
 17. diimplementasikan
 18. eksplisit = tersurat, tepat, jelas
 19. implisit = tersirat
 20. efisien = cekap
 21. heterogen = pelbagai
 22. hedonisme = mementingkan kesenangan hidup
 23. evasif = sikap elak dari tanggungjawab
 24. holistik = menyeluruh
 25. kebejatan moral/ sosial
 26. dinamik
 27. sikap sambalewa
 28. cacamerba
 29. uslub/ minhaj/ prakarsa = cara
 30. kendatipun begitu= walaupun begitu
 31. bertendensi
 32. kontemporari = kini
 33. mapan = tidak berubah
 34. marcapada ini
 35. meledakkan = menerbitkan
 36. memanifestasikan = melahirkan
 37. memorabilia = sesuatu yg menarik & patut dikenang
 38. menyoroti= membicarakan
 39. urbanisasi = modenisasi
 40. nafsi = mementingkan diri
 41. nirmala = bersih, suci
 42. pidana = kesalahan jenayah
 43. pragmatis= bersifat praktikal
 44. seantero = segenap
 45. secara analogi= perbandingan
 46. sinergi = usaha sama
 47. sofistikated = canggih
 48. swadaya= tenaga sendiri
 49. tarbiah = pendidikan
 50. uswah = teladan/ikutan
 51. utopia= masyarakat/keadaan yg terlalu sempurna (mustahil)
 52. wadah= alat, medan, medium
 53. akhirulkalam
 54. apresiasi= penghargaan
 55. aspirasi= cita cita
 56. deduksinya= kesimpulannya
 57. korelasi= hubung kait
 58. mayapada= dunia
 59. mutakhir = akhir-akhir ini
 60. memberangsangkan
 61. perilaku yang abnormal
 62. pendekatan yang kolektif
 63. walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma & keinginan manusia adalah berbeza
 64. menyuntik semangat ... ke dalam sanubari
 65. agen sosial terdekat
 66. menyemarakkan/ menyemai/ menyuntik= memupuk
 67. biarpun dibatasi kesibukan bekerja
 68. jerih-perih = penat lelah / susah payah
 69. ghalibnya= lazimnya/ biasanya
 70. luwes = tidak terlalu ketat/ anjal
 71. anak muda pascamilenium
 72. datangnya dinanti, perginya dicari dan hilangnya diratapi
 73. indikator yang ampuh lagi mapan
 74. Dengan bertunjangkan kesahihan fakta
 75. Walhasil
 76. Apabila manusia terus menongkah arus urbanisasi & ledakan teknologi yang canggih
 77. Tidak ada gading yang tidak retak, tidak ada hubungan yang tidak bermasalah
 78. bukalah mata, bukalah minda, bukalah hati & sedar akan peri pentingnya.

Video di bawah dapat membantu pelajar untuk menguasai teknik mengarang

Popular posts from this blog

9 Jenis Ayat dalam Karangan

Tip Pendidikan Moral SPM

KESALAHAN KATA / ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA