Akronim Sejarah (Bab 9, Tingkatan 5)

Peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.

 

*Akronim : D.A.S.A.R L.U.A.R*

 

D - Dasar luar bermaksud dasar yang merangkumi maklumat, rancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara berhubung dengan negara-negara lain.

 

A - Antara matlamat dasar luar πŸ‡²πŸ‡Ύ adalah untuk memelihara kepentingan nasional, menjamin keselamatan rakyat, mengekalkan kedaulatan negara, menggalakkan pembangunan, kemajuan ekonomi dan mengekalkan keamanan sejagat. 

 

S - Sebab yang menjadi asas penggubalan dasar πŸ‡²πŸ‡Ύ adalah faktor sejarah iaitu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam bentuk perdagangan. Contohnya dengan negara China πŸ‡¨πŸ‡³. Selain itu faktor ekonomi kerana πŸ‡²πŸ‡Ύ mengamalkan pasaran bebas. Seterusnya faktor demografi kerana majoriti rakyat πŸ‡²πŸ‡Ύ beragama Islam.

 

A - Ada dua bentuk hubungan luar πŸ‡²πŸ‡Ύ iaitu hubungan bilateral iaitu hubungan secara langsung dengan sesebuah negara seperti πŸ‡²πŸ‡Ύ dengan πŸ‡ΉπŸ‡­. Multilateral merujuk kepada hubungan dalam bentuk pertubuhan seperti ASEAN, OIC dan PBB.

 

R - Rasional hubungan luar Malaysia dengan negara lain adalah mengekalkan kedaulatan negara, menjalin keselamatan rakyat, mengukuhkan sistem pertahanan, meluaskan pasaran, memajukan sistem pendidikan, menggalakkan pelaburan asing dan memajukan industri pelancongan.


Popular posts from this blog

9 Jenis Ayat dalam Karangan

Tip Pendidikan Moral SPM

KESALAHAN KATA / ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA