Akronim Sejarah (Bab 9, Tingkatan 4)

BAB 9, TINGKATAN 4.

 

Maksud dan ciri-ciri Zaman Gelap.

 

Akronim : Z.A.M.A.N G.E.L.A.P

 

 Z - Zaman Gelap bermaksud Eropah mengalami zaman kemerosotan dalam pelbagai bidang seperti ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran. Berlaku  selepas kejatuhan tamadun Rom.

 

A - Awal zaman pertengahan berlaku zaman gelap yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat awal, peringkat kemuncak dan peringkat akhir.

 

M - Munculnya golongan baron (tuan tanah), runtuhnya kuasa pusat, penggunaan mata wang terhad dan kemerosotan hidup di bandar antara ciri zaman gelap.

 

A - Antara lain ciri zaman gelap ialah terdapat golongan hamba, pembentukan sistem feudal, gereja katolik amat berkuasa dan memiliki banyak harta.

 

N - Nasihat untuk mengelakkan zaman gelap berlaku di 🇲🇾 ialah pelihara perpaduan kaum, kuatkan pegangan agama, patuhi undang-undang negara, berilmu pengetahuan tinggi, jati diri yang kukuh, cinta akan negara dan memilih pemimpin berwibawa. 

 

 

Faktor dan kesan Renaissance di Eropah.

 

Akronim : R.E.N.A.I.S.S.A.N.C.E

 

R - Renaissance bermaksud kelahiran semula, renisciment (bahasa Itali), bermula di Itali dan penghargaan semula ilmu tamadun Rom dan Yunani. 

 

E - Eropah bermulanya Renaissance kerana peranan pedagang kaya iaitu patron seperti keluarga Medici.

 

N - Niccolo Machiavelli, Francesco (Bapa humanisme) dan Giovanni Bocaccio antara faktor kemunculan Renaissance di Eropah.

 

A - Agama, budaya dan bahasa yang bertembung membawa kepada percambahan idea.

 

I - Itali dikelilingi laut Mediterranean dan pusat persimpangan perdagangan antarabangsa membawa kepada kemunculan Renaissance di Eropah.

 

S - Semangat inquiri iaitu sifat ingin tahu bagi mengatasi masalah dan berani mencuba sesuatu yang baharu.

 

S - Semangat individualisme para cendikiawan, seniman dan saintis seperti Leonardo da Vinci.

 

A - Antara kesan Renaissance adalah kemajuan ilmu pelayaran seperti matematik dan kegiatan penjelajahan iaitu orang Eropah ke Asia Tenggara.

 

N - Nilai ilmu sains berkembang pesat contohnya biologi, fizik dan kimia.

 

C - Cuba dan yakin diri untuk menjelajah. Malah muncul manusia renaissance guna akal bagi atasi masalah.

 

E - Ekonomi sara diri semakin pupus kerana perkembangan pesat sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa.

 

 

Maksud, sebab dan kesan Reformation.

 

Akronim : R.E.F.O.R.M.A.T.I.O.N

 

R - Reformation berasal daripada perkataan reform bermaksud melakukan perubahan terhadap sesuatu yang lebih baik.

 

E - Eropah tempat berlakunya gerakan Reformation kerana pengaruh agama kristian terhadap gereja katolik.

 

F - Faktor Reformation adalah kelemahan institusi gereja contohnya gejala rasuah, gaya hidup paderi yang mewah seperti bangsawan, penjualan sijil indulgences iaitu sijil pengampunan dosa.

 

O - Old Testement dikenali sebagai kitab bible.

 

R - Ramai tok

 


Popular posts from this blog

9 Jenis Ayat dalam Karangan

Tip Pendidikan Moral SPM

KESALAHAN KATA / ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA