Akronim Sejarah (Bab 3 Tingkatan 4)
T4B3 - KEPENTINGAN TASIK TONLE SAP.
Akronim : TASIK
*T*- Tanah subur kerana
mendapan lumpur sesuai untuk aktiviti pertanian
*A*- Air yang banyak
sebagai sumber minuman.
*S*- Sumber
protein yang banyak seperti ikan.
*I*- Iklim panas &
lembap sesuai untuk petempatan manusia.
*K*- Kegiatan sawah padi
dapat diusahakan kerana punca air utama mencukupi.
T4B3 - TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA.
Akronim - A.G.R.A.R.I.A
Jelaskan ciri-ciri
kerajaan agraria.
*A* - Agraria merujuk
kepada kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan aktiviti
pertanian, penternakan & pemungutan hasil hutan dan sungai.
*G* - Gunung berapi
(lereng tanah), kawasan berbukit dan lembah sungai membawa kepada terbentuknya
kerajaan agraria.
*R* - Raja Indravarman I
merupakan pengasas bagi kerajaan Angkor.
*A* - Angkor dan Funan
adalah dua contoh kerajaan agraria.
*R* - Raja Suryavarman
II membina Angkor Wat.
*I* - Iklim yang sesuai
yakni panas dan lembah sepanjang tahun memboleh tanah subur untuk aktiviti
pertanian khasnya padi sawah.
*A* - Air yang banyak
membantu kegiatan pertanian dijalankan dengan amat berjaya.
Akronim
- A.N.G.K.O.R
Nyatakan ciri dan
kegiatan ekonomi masyarakat Angkor.
*A* - Angkor Wat sebagai
bukti kewujudan kerajaan Hindu-Buddha.
*N* - Nadi utama bekalan
air adalah dari Sungai Mekong.
*G* - Gaharu, tanduk,
damar & kapur barus dipungut dari hasil hutan.
*K* - Kawasan pertanian
utama di sekitar Tasik Tonle Sap.
*O* - Orde kosmos
bermaksud raja dan ibu kota sebagai pusat alam semesta dan pusat pentadbiran.
*R* - Raja Suryavarman I
terlibat dalam pembinaan Baray iaitu takungan air.
Akronim - F.U.N.A.N
Nyatakan ciri &
kegiatan ekonomi masyarakat Funan.
_*F*_ - Fan Shih-man
ialah jeneral yang termahsyur dan raja pertama ialah Raja Kaundinya.
_*U*_ - Utamakan
aktiviti pertanian iaitu menanam padi sawah.
*N* - Nadi pelabuhan utama
ialah Oc-Eo.
*A* - Air dibekalkan
dari Sungai Mekong juga sebagai jalan perhubungan perdagangan.
*N* - Natijah kemajuan
pelabuhan, Funan berubah daripada kerajaan agraria kepada kerajaan
maritim.
Akronim
- M.A.R.I.T.I.M
Jelaskan ciri-ciri kerajaan
maritim.
*M* - Mahir membuat dan
membaiki kapal. Kesannya mampu belayar jauh untuk berdagang.
*A* - Aktiviti ekonomi
menjalankan kegiatan perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan
iaitu pelabuhan pembekal, kerajaan dan entreport.
*R* - Rakyatnya terdiri
daripada orang tempatan, orang laut dan pedagang luar.
*I* - India dan China
membawa barangan mewah seperti tembikar, tekstil, manik dan gelas.
*T* - Terletak di
persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan.
*I* - Ikan, sotong,
udang dan ketam merupakan hasil utama kegiatan perikanan.
*M* - Mahir membaca arah
laut iaitu berpandukan bintang dan langit.
Akronim
- S.R.I.V.I.J.A.Y.A
Bagaimanakah Srivijaya
berjaya sebagai pelabuhan entreport?
*S* - Selat Melaka,
Selat Sunda dan Laut Jawa dikuasai untuk mengawal perdagangan maritim di
Kepulauan Melayu.
*R* - Ramai pedagang
luar singgah untuk berdagang.
*I* - Istimewa kerana
mahir membuat dan membaiki kapal layar.
*V* - Vanda@Parvanda dan
Bhupati adalah golongan Datu yang berperanan sebagai pentadbir daerah.
*I* - India, China dan
Barat datang membuat pertukaran barang dagangan.
*J* - Jajahan takluk
membekalkan barang dagangan.
*A* - Angkatan tentera
yang besar dan kuat.
*Y* - Yang menjadi
bahasa perdagangan adalah bahasa Melayu.
*A* - Ada pelbagai
kemudahan disediakan seperti bekalan air dan gudang.
Akronim
- K.E.D.A.H T.U.A
Apakah faktor yang
menyumbang kepada kemajuan Kedah Tua sebagai pelabuhan entreport?
*K* - Kedudukan
strategik iaitu di laluan Selat Melaka.
*E* - Entreport sebagai
pelabuhan antarabangsa dengan bukti jumpaan tembikar China, pelita tembaga dari
Timur Tengah dan manik dari India.
*D* - Dikunjungi
pedagang dari China, India, Burma dan Sri Lanka.
*A* - Adanya Gunung
Jerai menjadi panduan kapal dagang keluar masuk di pelabuhan Sg. Mas dan Lembah
Bujang.
*H* - Hasil hutan
seperti rotan & hasil bumi seperti bijih timah yang banyak.
*T* - Terlindung
daripada tiupan angin monsun barat daya dan timur laut.
*U* - Urusan perdagangan
mudah kerana menggunakan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan.
*A* - Ada kemudahan
menyimpan barang dagangan.
SOALAN KBAT
Kerajaan agraria dengan
kerajaan maritim saling bergantungan. Buktikan.
Akronim : SALING
*S*- Sutera antara
barangan mewah yang dibekalkan oleh maritim kepada agraria.
*A*- Agraria membekalkan
bekalan daging
seperti ayam kepada
maritim.
*L*- Lelaki yang mahir
bertukang kayu dibawa dari agraria ke maritim untuk membuat perahu & kapal.
*I*- India membawa
tekstil ke maritim dan menjual kepada agraria.
*N*- Nasi sumber makanan
iaitu beras dibekalkan oleh agraria kepada maritim.
*G*- Gajah dari agraria
dibawa ke maritim sebagai kenderaan raja.