Akronim Sejarah (Bab 1, Tingkatan 5)

BAB 1, TINGKATAN 5

 

KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

 

Akronim : I.M.P.E.R.A.L.I.S

 

Maksud imperialisme, keistimewaan Asia Tenggara, faktor dan kesan imperialisme, sistem birokrasi barat dan reaksi penduduk Asia Tenggara.

 

I - Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan wilayah dan pengaruh untuk kepentingan tertentu seperti bijih timah yang diperlukan semasa revolusi perindustrian di Eropah. Imprealisme mula berlaku sejak zaman Rom dan Yunani.

 

M - Menjadi sasaran imperalis barat kerana Asia Tenggara memilik keistimewaan seperti lokasi strategik iaitu laluan  antara China dan India, penduduk ramai menjamin pasaran luas, tanah subur untuk pertanian dan kekayaan bahan mentah untuk perindustrian contohnya bijih timah.

 

P - Pelbagai faktor imperialisme barat di Asia Tenggara iaitu  faktor kekayaan (gold) seperti rempah ratus, faktor keagamaan (gospel) iaitu menyebarkan agama kristian, faktor kebanggaan (glory) iaitu ingin sanjungan dan galakkan pemerintah seperti Ratu Isabella. Seterusnya faktor revolusi perindustrian, sistem pengangkutan dan perhubungan, beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun serta persaingan kuasa-kuasa barat.

 

E - Enam sebab imperialis barat mudah menguasai Asia Tenggara kerana kemajuan sains dan teknologi, menggunakan senjata moden seperti meriam, kekuatan tentera laut, menguasai pelbagai ilmu pengetahuan, kelemahan sistemkan dibentuk.

 

 

2) Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union.

 

Akronim - Si PJ JuGa

 

*Singapura* - Singapura diasingkan.

 

*Pesuruhjaya* - Pesuruhjaya negeri dilantik.

 

*Jus* - Jus soli diperkenalkan.

 

*Gabenor* -  Gabenor British mengetuai Malayan Union.

 

 

3) Sebab/ Faktor/ Reaksi orang Melayu bersatu menentang Malayan Union.

 

Akronim - H.I.J.A.B

 

*Hapus* - Hapus kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu.

 

*Islam* - Islam tercabar kerana pungutan zakat di bawah kuasa gabenor British.

 

*Jus* - Jus soli mengancam hak istimewa orang Melayu kerana kerakyatan terbuka.

 

*Angka* - Angka orang Melayu mengecil kerana kemasukan golongan imigran.

 

*Bahasa* - Bahasa Melayu dan tulisan jawi akan terancam.

 

 

4) Cara/ Tindakan/ Usaha orang Melayu menentang rancangan Malayan Union.

 

Akronim - U.N.I.O.N

 

*U* - Utus surat bantahan dan telegram ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

 

*N* - Naikkan maklumat tentang kesan buruk Malayan Union di akhbar seperti Majlis.

 

*I* - Ingatkan orang Melayu untuk memulaukan majlis perlantikan gabenor British.

 

*O* - Onn Jaafar menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan parti UMNO.

 

*N* - Negeri Kelantan & Kedah diadakan demonstrasi secara aman dengan membawa sepanduk & poster.


Popular posts from this blog

9 Jenis Ayat dalam Karangan

Tip Pendidikan Moral SPM

KESALAHAN KATA / ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA