Akronim Sejarah (Bab 7, Tingkatan 4)

Bab 7, Tingkatan 4

 

Islam di Asia Tenggara

Jelaskan teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Akronim : T.A.N.A.H  A.R.A.B

 

*T* - Teori dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Syed Muhammad Naquib al- Attas.

 

*A* - Agama Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi perdagangan. 

 

*N* - Nilai kejujuran, berhemah tinggi dan menjaga kebersihan oleh pedagang Arab menarik minat masyarakat tempatan kepada Islam.

 

*A* - Ada pedagang Arab yang berdagang ke China singgah di pelabuhan utama di Selat Melaka.

 

*H* - Hasil kesusasteraan di Asia Tenggara wujud persamaan dengan Semenanung Tanah  Arab.

 

*A* - Adat resam orang Melayu dipengaruhi oleh budaya Arab. 

 

*R* - Ramai pedagang Arab menetap beberapa bulan. Ada yang membina perkampungan dan berkahwin dengan orang tempatan. 

 

*A* - Ada perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab.

 

*B* - Bukti catatan China bahawa orang Arab dan Parsi mempunyai pusat petempatan di Canton dan Amoy sejak 300 M.

 

 

Akronim : C.H.I.N.A

 

*C* - Canton (Khan Fo) menjadi pusat perniagaan dalam kalangan peniaga Arab yang beragama Islam.

 

*H* - Hubungan antara peniaga membolehkan Islam berkembang dalam peniaga China di negara China.

 

*I* - Islam dari China adalah teori yang dikemukakan oleh Emanual Gadinho Eredia dan disokong oleh S.Q. Fatimi.

 

*N* - Nilai seni bina di China wujud persamaan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti masjid di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa.

 

*A* - Ada penemuan Batu Bersurat Terengganu di Kuala Sungai Tersat, Terengganu.

 

 

Akronim : I.N.D.I.A

 

*I* - Islam dari India teori yang dikemukakan oleh Snouck Hurgronje.

 

*N* - Negara India dan Asia Tenggara telah wujud hubungan perdagangan membolehkan pedagang India Islam menyebarkan Islam.

 

*D* - Di Gugerat terdapat pelabuhan penting yang menjalinkan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara.

 

*I* - India dan masyarakat Asia Tenggara mempunyai perkaitan rapat dari segi budaya.

 

*A* - Ada batu mamar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gersik, Jawa.

Popular posts from this blog

9 Jenis Ayat dalam Karangan

Tip Pendidikan Moral SPM

KESALAHAN KATA / ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA