Akronim Sejarah (Bab 1, Tingkatan 4)

Bab 1, Tingkatan 4

 

 

TAMADUN HWANG HO : Proses pembentukan, ciri-ciri & sumbangan.

 

*H* - Hwang Ho muncul daripada kesuburan tanah di Sg. Hwang Ho (Sg. Kuning). 

 

*W* - Wilayah Szechwan dibina terusan untuk elak banjir & mengairi pertanian.

 

*A* - Antara sumbangan politik : Sistem monarki, Gelaran maharaja, Putaran dinasti & Mandat dari syurga. Sosial : Tulisan ideogram, Sistem kalender, Yin & Yang, The Art of War, Amalan pemujaan.

 

*N* - Negara kota Anyang  terdapat kuil, istana & tembok (K.I.T). Bandar lain Loyang, Sian & Pan-p'o.

 

*G* - Golongan bomoh terlibat dalam upacara penyembahan & penilikan. Kepercayaan lain termasuk animisme & politeisme.

 

*H* - Hwang Ho menyumbang kepada bidang ekonomi :  Sistem pengairan, Teknologi pembajakan, Pembinaan batas, Cangkul & sabit. 

 

*O* - Oraganisasi sosial membawa pengkhususan pekerjaan :  Lapisan atas seperti raja & bangsawan. Lapisan bawahan seperti petani & hamba.

 

 

 

MESOPOTAMIA - T4B1

(Maksud, proses pembentukan, ciri-ciri & sumbangan):

 

*M*- Mesopotamia daripada perkataan bahasa Yunani bermakna tanah di antara dua sungai.

 

*E*- Epik Gilgamesh hasil sastera tertua di dunia dan menceritakan hal pemerintahan, percintaan, kesaktian & kehidupan kekal abadi.

 

*S*- Sg. Tigris & Sg. Euphrates adalah lokasi kemunculan tamadun.

 

*O*- Orang Parsi menguasai wilayah Mesoporamia membawa keruntuhan tamadun.

 

*P*- Pintu gerbang dibina sebagai lambang kekayaan & pusat ibadat di Zigurat.

 

*O*- Oraganisasi sosial:  Golongan pemerintah (raja, ketua pendeta, ketua tentera & bangsawan) dan golongan rakyat (rakyat & hamba).

 

*T*- Tulisan adalah cunieform untuk merekod maklumat, perundangan, perniagaan, perdagangan & pentadbiran.

 

*A*- Akkad, Babylon, Ur (ABU) antara negara kota & membentuk petempatan kekal.

 

*M*- Mencipta roda untuk kereta kuda (peperangan) dan kincir air.

 

*I*- Institusi pemerintahan beraja berbentuk teokrasi.

 

*A*- Antara sumbangan : Kod Undang" Hammurabi, sistem pendidikan melahirkan jurutulis, ilmu perubatan herba & ramuan dikatalog, disampelkan.

 

 

 

MESIR PURBA : Proses pembentukan, ciri-ciri & sumbangan.

 

*M* - Memumaikan mayat melambangkan kemajuan bidang perubatan & pembedahan.

 

*E* - Elak bencana banjir menggunakan ilmu matematik seperti algebra, geometri & astronomi.

 

*S* - Sistem pengairan berjaya menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.

 

*I* - Imhotep seorang saintis, ahli fizik, arkitek & penasihat Firaun Djoser. Memperkenalkan teknik bina bangunan (piramid) menggunakan batu bata.

 

*R* - Raja Firaun sebagai ketua pendeta, ketua hakim, ketua pahlawan & pemilik tanah. Dibantu oleh golongan bangsawan.

 

*P* - Pokok papyrus tumbuh subur di Lembah Nil. Dileperkan batang pokok menjadi kepingan. (kertas). 

 

*U* - Utamakan pendidikan kanak-kanak keluarga atasan. Pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan khasnya jurutulis.

 

*R* - Rekod aktiviti pertanian, kutipan cukai, keagamaan & menceritakan keagungan Mesir Purba merupakan tugas jurutulis. 

 

*B* - Bandar berfungsi sebagai pusat pemerintahan & pentadbiran, tempat kediaman firaun serta pelabuhan. Contoh bandar ialah Giza, Sakkara & Thinis (GST).

 

*A* - Alat tulisan adalah Hieroglif iaitu kombinasi gambar & simbol berasaskan bunyi.

 

 

 

SUNGAI (BAB 1, TINGKATAN 4)

 

Mengapakah proses pembentukan tamadun utama dunia bermula di lembangan sungai? 

 

*S* - Sumber makanan mudah diperolehi contohnya ikan sebagai bekalan protein.

 

*U* - Usaha membina pelabuhan untuk membolehkan aktiviti perdagangan dijalankan dan sebagai jalan pengangkutan serta perhubungan.

 

*N* - Nomad tidak lagi diamalkan kerana petempatan kekal dibuka di atas tanah yang rata.

 

*G* - Giat menjalankan aktiviti pertanian kerana tanah subur sesuai untuk bercucuk tanam seperti menanam padi.

 

*A* - Air yang banyak digunakan dalam aktiviti seharian seperti memasak.

 

*I* - Iklim iaitu cuaca sejuk sesuai untuk didiami oleh manusia.


Popular posts from this blog

9 Jenis Ayat dalam Karangan

Tip Pendidikan Moral SPM

KESALAHAN KATA / ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA