[Versi BM] Definisi Fizik

DEFINISI FIZIK

🔥HALAJU
-perubahan sesaran per unit masa//kadar perubahan sesaran

🔥PECUTAN
-perubahan halaju per unit masa//kadar perubahan halaju

🔥BERAT
-daya tarikan graviti yg bertindak terhadap sesuatu objek

🔥DAYA
-satu tarikan atau tolakan//sesuatu daya yg dpt menggerakkan sesuatu objek yg pegun

🔥DAYA GESERAN
-daya yg melawan gerakan sesuatu jasad

🔥 MOMENTUM
-hasil darab jisim dan halaju

🔥DAYA IMPULS
-perubahan momentum per unit masa//kadar perubahan momentum

🔥IMPULS
-perubahan momentum

🔥JATUH BEBAS
-jatuh dgn satu daya tarikan graviti sahaja//jatuh dgn pecutan graviti

🔥KERJA
-daya yg dikenakan darab sesaran

🔥TENAGA KEUPAYAAN KENYAL
-tenaga yg tersimpan dlm sesuatu objek apabila diregangkan atau dimampatkan oleh suatu daya

🔥 TENAGA KEUPAYAAN GRAVITI
-tenaga yg dipunyai oleh suatu objek apabila berada pada suatu ketinggian

🔥TENAGA KINETIK
-tenaga yg dipunyai oleh suatu objek apabila objek itu bergerak

🔥PEMAMPATAN
-beza antara panjang asal spring dgn panjang spring yg dikenakan beban

🔥KEKENYALAN
-sifat bahan yg membolehkan bahan itu kembali kpd bentuk asal apabila daya yg dikenakan padanya dilepaskan

🔥 PASCAL
-tekanan yg dikenakan pada cecair dlm sebuah bekas tertutup dipindahkan secara seragam ke semua arah dlm cecair

🔥 ARCHIMEDES
-apabila suatu objek direndam sebahagiannya atau sepenuhnya di dlm suatu bendalir,objek itu mengalami daya tujah ke atas sama dgn berat bendalir tersesar

🔥 BERNOULLI
-tekanan sesuatu bendalir yg bergerak berkurangan apabila kelajuan bendalir bertambah dan sebaliknya

🔥HABA
-pemindahan tenaga dari objek panas ke sejuk

🔥MUATAN HABA TENTU
-kuantiti tenaga haba yg diperlukan utk menaikan suhu bagi 1kg bahan sebanyak 1°C

🔥HABA PENDAM TENTU PENGEWAPAN
-kuantiti haba yg diperlukan utk menukar 1kg bahan itu drpd keadaan cecair kpd gas tanpa sebarang perubahan suhu

🔥TEKANAN
-suatu gas yg tetap jisimnya,tekanan berkadar secara langsung dgn suhu mutlak pada isipadu gas tetap

🔥PANJANG FOKUS
-jarak diantara pusat optik kanta dgn titik fokus

🔥INDEKS BIASAN
-nisbah sin i dgn sin r

🔥SUDUT GENTING
-sudut tuju apabila sudut biasan 90°

🔥KUASA KANTA
-songsang panjang fokus//1per unit panjang fokus

🔥TITIK FOKUS
-titik tumpuan bagi semua sinar cahaya yg selari dgn paksi utama slps memasuki kanta

🔥 PANJANG GELOMBANG
-jarak diantara dua titik sefasa yg berturutan

🔥 AMPLITUD
-sesaran maks zarah dari kedudukan keseimbangan

🔥 FREKUENSI
-bilangan  ayunan lengkap dlm satu saat

🔥TEMPOH
-masa yg diambil oleh sesebuah sistem ayunan utk melakukan satu ayunan lengkap

🔥 FREKUENSI ASLI
-frekuensi sesuatu sistem ketika berayun secara bebas tanpa sebarang daya luar

🔥RESONANS
-suatu sistem ayunan dikenakan daya luar berfrekuensi sama dgn frekuensi asli

🔥 GELOMBANG MELINTANG
-gelombang yg arah getaran zarah-zarah mediumnya berserenjang dgn arah perambatan gelombang

🔥 PEMBIASAN
-perubahan arah dan halaju gelombang apabila merambat dari suatu medium ke medium yg berlainan ketumpatan atau kedalaman

🔥PEMBELAUAN
-kesan penyebaran gelombang yg berlaku apabila suatu gelombang bertemu dgn penghalang atau melalui satu celah

🔥 INTERFERENS
-kesan superposisi dua atau lebih gelombang yg koheren

🔥SUMBER KOHEREN
-gelombang yg mempunyai frekuensi yg sama dan amplitud yg sama pada beza fasa yg tetap

🔥KENYARINGAN
-kekuatan bunyi

🔥GELOMBANG ELEKTROMAGNET
-gelombang yg tidak memerlukan medium utk merambat

🔥BEZA KEUPAYAAN//VOLTAN
-kerja yg dilakukan dlm memindahkan satu coulomb cas dari satu titik ke titik yg lain

🔥DAYA GERAK ELEKTRIK
-tenaga yg dibekalkan oleh sumber elektrik utk menggerakkan 1C cas mengalir melalui suatu litar dgn lengkap

🔥 240V 60W
-tenaga yg dibebaskan sebanyak 60J dlm 1 saat apabila dibekalkan 240V bekalan kuasa

🔥 ELEKTROMAGNET
-konduktor yg menjadi magnet apabila arus mengalir melaluinya

🔥MEDAN LASTIK
-medan paduan antara medan magnet disebabkan konduktor membawa arus dgn magnet kekal

🔥TRANSFORMER
-menaikkan dan menurunkan beza keupayaan suatu bekalan arus ulang alik

Popular posts from this blog

9 Jenis Ayat dalam Karangan

Tip Pendidikan Moral SPM

KESALAHAN KATA / ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA